Ustaz itu ada menyebut satu perkara yang agak baik untuk dikongsikan di sini. Bunyinya lebih kurang begini:
"Perlu diingat bahawa setiap solat fardhu yang kita lakukan adalah untuk ketika itu sahaja. Solat kita pada hari ini adalah untuk hari ini, solat kelmarin adalah untuk kelmarin dan solat esok adalah untuk esok. Mana ada orang yang solat fardhu 2x dalam waktu yg sama, kecuali jika dia asalnya bersolat bersendirian kemudian dia solat sekali lagi secara berjemaah (hukumnya sunat). Contohnya, kita dah solat Zohor di Shopping Complex, kemudian balik rumah tu nak solat Zohor sekali lagi sebab rasa tak puas hati solat di shopping complex (sebab bising/tak khusyuk), maka ini adalah dilarang. Kalau solat itu tak khusyuk maka solat itulah yang dikira, kalau solat itu dibuat remeh temeh, maka yang itulah yang dikira, kalau solat itu main-main atau nak cepat maka solat itulah yang dikira. Solat itulah solat anda, tak boleh diulang lagi. Kecuali jika diyakini berlaku kecacatan rukun atau syarat sah solat, maka barulah solat itu mesti diulangi. Namun masih ada jalannya sekiranya kita tak puas hati dengan solat, iaitu ditampung dengan solat-solat sunat. Inilah caranya yang Islam dan Nabi ajar. Dengan sebab itulah kita hendaklah memastikan solat yang dibuat betul2 khusyuk dan diterima Allah. Mudah-mudahan solat kita tak jadi sepertimana yang nabi sebut, iaitu solat yang diangkat ke langit kemudian Allah lemparkan semula seolah-olah melemparkan kain buruk. Nauzubillahi min zalik."
![]() |
| -yang mana satukah solat kita?- |


1 comments:
keep posting~
Post a Comment