..:: Sekadar Perkongsian ::..

Perkongsian Itu Indah

Tuesday, September 6, 2011

Sembang Cuti Raya

"Kof Kof Kof..."
'Kof' adalah adalah sejenis bunyi yang ditulis dalam komik Dragon Ball Z untuk menggambarkan bunyi batuk. [macam post blog awangku je ni?]. Begitulah bunyinya tatkala menjenguk blog usang ini. Bagai rumah tidak berpenghuni. Orang nak masuk hanya boleh tengok isi rumah, tak boleh tengok tuan rumah sebab tuan takde. Merayau.

Maaf lah ye kpd para pembaca sebab lama tidak menulis. Padahal sape ntah yang baca blog ni.

Back to the story. Kali ni saya menulis main tekan-tekan. Eh boleh ke main tekan2 kapal terbang orang ni? [dialog cerita Bereh Blako]. Redah je apa yang nak ditulis. Mana yang masuk akal tu taip je. Yang penting blog kena update.
=========================================
Suatu hari... Pukul 4.05am.
"Portgaz D Ace The Fire Fist, nta dah sampai di Gopeng ke?" setelah terjaga dari tidur dlm bas di area Kuala Kangsar, sebuah nota sms dihantar kpd Asyran, satu2nya housemate saya sampai kini. Bila nama seseorang ialah Asyran, maka orang akan panggil Acan. Dapat kat orang Kelantan jadilah Ace. Lama-lama tertulis nama sebegitu pula untuk gurauan. Nama tersebut adalah nama watak dalam manga/anime popular.

"Jimmy Neutron The Alchemist, ana dah sampai da.. Pukul 4 tadi lagi." Acan membalas nama gurauan yg tak kurang hebatnya. Den terkono balik! Astaghfirullah, memang saya janji untuk sampai Gopeng pukul 4. Apakan daya bas malam tu agak lagging dan out of schedule. Nasib baiklah Acan jenis penyabar dan cool orangnya.


Pengorbanan seorang sahabat, sanggup bangun pukul 4pagi untuk menjemput sahabatnya. Hanya drive kereta kancil usang sorang2 dari sri iskandar ke medan gopeng. Padahal dia sendiri pun baru sampai petang tu, sudah pasti letih tak habis lagi.

Seusainya saya menaiki bas dari Pasir Mas ke Gopeng, maka tamatlah percutian hari raya Aidilfitri pada tahun ini. 10 hari bercuti bukanlah satu tempoh yang mencukupi. Apakan daya beginilah nasib perantau. Kadang balik kadang tak balik.

Sepanjang percutian di kampung di musim raya tempoh hari, banyak kenangan manis, nilai dan pengajaran diukir satu demi satu. Setelah 3 bulan tidak bertandang di negeri sendiri, ternyata banyak perubahan telah berlaku. Sesekali rasa macam orang asing pula, orang asing di negeri sendiri. Jalan tambahan yang tinggi melangit di selekoh nak masuk bandar Pasir Mas dah siap dan mula dibuka masa raya. Kuranglah skit jem nya. Pembinaan jalan raya baru di Kota Bharu pun mula siap dengan kadar cepat. Dulu tiang sekarang dah berturap. Tune Hotel sebelah KB Mall pun dah siap megah mencakar langit. Bandar Baru Pasir Mas di sebelah area Rantau Panjang juga semakin membangun. Begitu juga jalan short cut menuju ke situ (supaya tak melalui bandar pasir mas dan elak jem) sedang dibina. Bila siapnya bangunan ini, nampaknya bandar pasir lama akan jadi pekan pasir mas.

Di Kota Bharu, kelihatan premis-premis perniagaan laris benar jualannya. Jalan jem teruk. Warga peniaga kebanyakannya dari kalangan wanita, menunjukkan bahawa wanita boleh berbisnes, ikut saidatina Siti Khadijah. Di Wakaf Che Yeh usah dibicara lagi. Orang ramai penuh tidak terkata. Nak jalan pun susah. Semua nak berborong baju raya. Akhirnya sempat juga saya beli 2 baju raya untuk ibu bapa, sehelai jubah kurta, sehelai baju melayu moden, sepasang kasut travelling dan sepasang kasut hitam. Murah-murah semuanya. Siapa kata Kelantan tidak membangun?

Di kampung saya pula, sedar tak sedar dah siap rupanya sebuah banglo di depan cabang 3. Entah bila dia mula buat, tengok2 dah terpacak indah kat situ. Subhanallah, cepat sungguh masa berlalu. Satu lagi kolam memancing pun tiba-tiba dah siap dibina di tengah sawah di jalan memasuki kampung. Dah mula beroperasi dah pun. RM5 untuk sejam. Bila pulak ada proposal nak buat kolam memancing? Tengok2 dah ada. Cepat masa berlalu.

Teringat pepatah orang Arab yang terukir di dinding bilik guru sekolah saya dulu, Maahad Muhammadi Pasir Mas..yang bermaksud..."Masa ibarat pedang, jika engkau tidak potongnya, nescaya ia akan potong kamu."

Cuti lepas sempat juga berbuka puasa di kampung halaman sendiri selama 5 hari. Ingatkan boleh lepas mengidam nak makan masakan mak time berbuka, tapi sayangnya tak berapa nak kesampaian. Sebab kampung saya buat iftor di masjid setiap hari. Setiap hari dah diassign siapa PIC. Jadi berbukalah di masjid, didahului dengan tahlil satu round sebelum berbuka. Masakan mak hanya berlaku semasa sahur. Tu pun kebanyakan menu sahur adalah dengan memanaskan lauk berlebihan dari iftor tersebut. Syukurlah kuk mana pun.

Dekat-dekat nak raya terpaksa membadai jalam jem di kota bharu untuk beli baju raya anak2 saudara. Diorang ni nak poksu dia jugak yang beli, adeh letih-letih. Fahamlah saya macamana perasaan mencari baju raya untuk budak kecil. Bukan main lagi cabarannya. Apatah lagi budak kecil itu tidak berpuasa, kelaparan..kesian pulak..last skali belanjalah depa makan waffle coklat. Terliur tu confirm la. Cobaan....

-tempah kek raya-
Ringkas cerita. Eh sedar-sedar dah raya.
Sehari sebelum 1 Syawal saya menerima berita sedih, iaitu pemergian ayah kandung kepada sahabat saya semasa di sekolah rendah dulu. Tak sempat beliau beraya dengan orang tersayang. Kemudian pada 1 Syawal terkejut lagi dengan berita pemergian seorang ulamak, Tuan Guru Hj Hasyim pondok pasir tumboh. Beliau adalah guru kepada ayah saya.

Mak saya menyahut, "Seorang demi seorang ulamak dipanggil oleh Allah, siapaa la yang tinggal untuk didik manusia..." Siapa yang tak sedih dengan pemergian ulamak. Di hari pengebumian, orang ramai berpusu-pusu bersolat jenazah termasuklah DYM Sultan Kelantan.

Tahun ni adalah tahun yang paling kaya buat anak2 saudara saya. Sebab poksu dia mula bagi duit raya tahun ni. Setiap seorang yang dapat RM "tuut" sudah pasti mengukir senyuman manis di setiap bibir mereka.
Hari-hari raya yang seterusnya diisi dengan pelbagai majlis. Kampung saya tak pernah sunyi dari majlis keagamaan. Seringkali ayah diajak mengetuai majlis2 ini. Yang mana boleh ikut tu saya ikutlah. Antaranya tahlil 40, baca al Quran 30 juzuk 1 malam (dua juzuk seorang), solat hajat, kenduri aqiqah, bercukur bayi dan selawat. Hati sentiasa tenang duduk dalam majlis seperti ini. Jelas terasa beberapa hikmahnya seperti mensyukuri nikmat kehidupan, menginsafi hakikat kematian dan mengeratkan silaturrahim. Inilah gamaknya hidup bermasyarakat. 

Banyak juga saya terlepas beberapa majlis anjuran Kerajaan Negeri sempena raya. Aidilfitri mahasiswa, aidilfitri perantau dan sebagainya. Berbeza dengan tahun lepas. Masalah utama ialah takde transport. Nampak dah kat situ, kena beli kereta ni. Banyak jugak terlepas kenduri walimah kawan2. Antaranya di Machang, cari2 rumah tak jumpa, call pengantin tak angkat, akhirnya pulang bersahaja. Ramai jugak kawan2 yang kawin lepas raya. Haih bagus betul diorang ni kawin awal. Barokallah!

-majlis belah mulut bayi@tahnik & bercukur-

Kadang-kadang bila fikir balik, masa yang kita lalui akan terus berlalu walaupun jam berdetik itu takde bateri. Masa akan terus berlalu. Terus berlalu dan berlalu. Persoalannya, bagaimanakah diri kita yang merentasi masa ini? Adakah semakin dekat atau jauh dengan Pencipta? Bermuhasabalah dengan masa. Biarlah masa mematangkan kita.

Wallahu A'lam.



Gambar2 cuti...
"Aku terima duit rayanya" (penat berlakon)


Ekzos ni pancit laa.

 sukanya..tengok gapo tu.


Jalan2 cari semak!

    air yg tenang jgn sangka....               spiderman vs the red warrior

sebelum balik UTP sempat menjala ikan di kolam, target ikan keli tp dapat ikan lain. Dpt 5 ekor pastu lepas balik (sayangi ikan peliharaan anda)

0 comments: