..:: Sekadar Perkongsian ::..

Perkongsian Itu Indah

Wednesday, September 7, 2011

Memori Alam Persekolahan

"Ustazah mengajar Al Quran lagi ke sekarang?"

"Mengajar lagi..macam dulu jgk..cuma sekarang kena ajar satu lagi subjek, Bahasa Arab."

Perbualan dengan ustazah bermula apabila tiba-tiba terserempak dengan beliau, sejurus selepas selesai bersalaman dengan orang kampung (kampung sebelah). Ketika itu baru siap tahlil di sebuah kubur di depan rumahnya. Sehari sebelum raya, ada orang baru meninggal dan baru siap dikebumikan. Orang itu adalah ayah kepada sahabat saya. Teman rapat ketika perjuangan menggapai 5A untuk UPSR. Sedihnya dia hanya Allah sahaja yang tahu. Takziah wahai teman.

Ustazah merenung tajam ke arah anak saudara saya yg sedang menyorok di belakang saya. Kantoi.

"Buat gapo di rumah? Puasa penuh tak tahun ni?" soal ustazah kepada budak tu.

Gaya menyoalnya masih sama, menyoal dengan tegas tapi di hujung soalannya dia pasti tersenyum. Tak ubah seperti dia menyoal hukum2 tajwid ketika kelas fardhu ain kami 12 tahun yang lepas. Tersengih-sengih anak saudara saya nak jawab puasa penuh ke tak. Kami sebenarnya dalam perjalanan ke KB untuk beli baju raya.

"Budak ni perangai tak ikut bapa saudara dia. Dalam kelas, masyaAllah... 'Buas' sungguh. Tak duduk diam." tegur ustazah di depan saya. Budak tu tersengih lagi sambil undur langkah sikit2 ke belakang saya. Malu lah tu.

"Yeke ustazah. Ish ish ish... Adik dia pulak macamana?" saya merespon.

"Adik dia? Huiii...lagi la.. Naik pening kepala cikgu2 nak jaga." ustazah menggeleng kepala.

Saya terketawa sakan mendengar respon ustazah. Saya kenal sangat, memang adik dia 2x ganda lebih nakal. Barangsiapa yg selalu ada dengan budak ni tahu lah macamana peritnya. Si Abang darjah 5 dan si adik baru darjah 2.

"Biasala ustazah,  budak kecik... Besar nanti juruh la ni, insyaAllah." saya membalas sambil pegang bahu budak tu. Lama juga bersembang dengan ustazah. Rumahnya betul-betul di depan kawasan kubur, jaraknya hanya selebar jalan. Ustazah inilah yang telah bertungkus lumus mendidik saya dan kawan-kawan tentang hukum-hakam tajwid sehinggalah kami dapat membaca Al Quran dengan lancar. Di sekolah saya belajar Al Quran dengan ustazah, di rumah malam-malam baca dengan mak, manakala di masjid petang-petang pula baca dengan ayah.

12 tahun yang lepas, setiap kali kelas fardhu ain subjek Al Quran, ustazah selalu memulakan kelas dengan memanggil muridnya secara rawak untuk baca satu page dan yang lain2 perhatikan kelancarannya. Mana yang salah baca tu akan ditegur. Kemudian beliau akan 'exctract' hukum-hukum tajwid di page tersebut di papan hitam. Kadang2 buat kuiz, kadang2 buat latihan, kadang2 buat homework. Seronok. Ada juga kadangkala beliau memberi beberapa hukum tajwid, kemudian tugas murid-muridnya ialah mencari contoh-contoh hukum tersebut dalam page Al Quran yang dibaca hari itu. Menarik sungguh cara ustazah ini mengajar, barangkali berkat keikhlasannya, Alhamdulillah saya mampu membaca Al QUran dengan lancar sehingga saat ini.
......
Sebelum bertolak ke KB, kami berangkat meninjau-ninjau kawasan sekolah yang baru siap dibina bangunan baru. Sekolah itu juga sangat dekat dengan rumah ustazah. Jalan kaki 1 minit dah sampai. Amboi-amboi, cantik menawan dah sekolah aku nih. Dulu bangunan buruk je. Dua blok bangunan baru sudah siap dibina menggantikan bangunan lama yang dirobohkan sebab dah terlalu usang. Warna oren kekuningan. Saya terkilan melihat kelas 1, kelas 2 dan kelas 3 yang saya duduk belajar dulu dah takde. Hilanglah sebuah bangunan buruk yang mengukir banyak kenangan. Sewaktu kelas 2, perkara yang paling digeruni ialah kelas matematik. Setiap pelajar wajib hafal sifir hingga sifir 9, kalau tak kena bedal dengan rotan oleh cikgu 'S' yang sangat garang.

2 blok baru
Itu zaman saya dulu lah. Tapi malangnya...zaman sekarang?...suatu hari, sambil membonceng motosikal saya menyoal anak saudara saya yang darjah 2 di belakang... Menjerit-jerit kami berdialog sebab gangguan angin.

"Tahu tak sifir 2?"

"Tahu. Orang belajar doh"

"Ok. 2x3 sama dengan berapa?"

"2x3 sama dengan 2.."

Aih?...lain macam je budak ni..betul ke dah belajar. Cuba test skit lagi...

"Sifir 3 tahu tak?"

"Tahu."

"Ok. 3x2 sama dengan berapa?

"Ooh..3x2 sama dengan 3"

Hah apa mu ngarut ni? Nak tergelak pun ada dengar jawapan budak ni. Sah lah budak ni main-main dalam kelas. Sifir apa pun tak boleh. Agaknya kalau tanya sifir 4 mesti semua jawapannya 4. Ish3 budak zaman sekarang nih. Patutla ustazah pening kepala!

Kesimpulannya, belajarlah rajin-rajin selagi ada waktu. Enjoy dan hayati zaman belajar di sekolah kerana anda pasti akan merinduinya bila dah dewasa. Ingatlah sekolah anda. Hormati guru walaupun dia dah tidak mengajar anda lagi..ataupun dia dah berusia. Dan ingatlah jasa-jasa mereka yang telah banyak membantu anda dari dulu sehingga sekarang. Didiklah generasi muda dan kanak-kanak di sekeliling anda tentang Al Quran dan nilai-nilai murni. InsyaAllah kita boleh berubah ke arah masyarakat yang lebih baik.
Rindu rasanya dengan suasana belajar alam persekolahan, sebab hampir semua benda guru bagi. Tapi sebaliknya bila dah belajar alam master & kampus, hampir semua benda kena insiatif sendiri! Semoga dipermudahkan. Amin.


0 comments: