
"Takkan la ko nak pegi ke Ipoh jalan kaki..dahla sorang2..haram jadah tu."
"Haram jadah la media sekarang. Berita tak pernah adil. Baik aku baca blog."
"Ceh..haram jadah..hampagas..aku kena tipu hidup2!"
Itulah ungkapan yang tak asing di telinga kita. Semua orang pernah dengar perkataan "Haram Jadah". Biasanya perkataan ni keluar apabila seseorang sedang dalam keadaan terlalu marah dan rasa nak memaki hamun. Nak pukul orang tu tak berani, akhirnya terpaksa guna mulut untuk kutuk maki samada depan2 atau belakang.
Satu frasa yang 'panas' akhir2 ini ialah berkaitan BERSIH 2.0. Seluruh rakyat ketika ini sedang membuak-buak api kemarahan kepada pemimpin kerajaan, polis dan FRU. Apa tidaknya, rakyat dizalimi tanpa perasaan perikemanusiaan langsung. Perhimpunan aman dikatakan membawa darurat dan fahaman komunis, ugutan dilancarkan bertalu-talu, rakyat yang berkobar-kobar dicucuk-cucuk provokasi. Polis diguna sewenang-wenangnya untuk meng'hancur'kan kebangkitan rakyat yang mahukan keadilan. Malaysia memang teruk. Demokrasi di Malaysia dah kronik, rosak dan korup! Semuanya gara-gara kezaliman pemimpin. Demokrasi dan tanggungjawab kepada rakyat sudah menjadi tidak adil seolah-olah dacing yang terlalu berat sebelah pada satu timbangan, sehingga timbangan satu lagi yang ringan itu melambung ke langit.
Akhirnya, rakyat yang dizalimi dan marah itu melaungkan "haram jadah".
"Haram jadah punya polis. Balun rakyat macam binatang!"
"Polis penipu hangit. Cakap nak berunding, tapi last skali sembur watercanon dekat2. Haram jadah *%^&@#%..." Ini sebenarnya betul betul berlaku di Puduraya.
"Ni apa punya polis FRU haram jadah. Hospital pun ko sembur jugak. Ada patient dalam tu la woi.."

Itu pasal BERSIH.
Tujuan Sebenar
Masuk kepada cerita sebenar ("Lamanya aku tak post blog!"), entri ini adalah untuk berkongsi tentang perkataan "haram jadah". Sehari dua ni kerap kali saya dengar perkataan ni dihamburkan dek kerana tidak puas hati dengan pemerintah yang zalim dan polis yang tidak berperikemanusiaan, especially ketika BERSIH tempoh hari.
Ada seorang ustaz berkongsi tentang asal usul perkataan "haram jadah".
Alkisahnya bermula.. Toyyiib..
Di negeri Arab, ada satu servis pengangkutan yang menawarkan dua destinasi popular iaitu Masjidil Haram dan Jeddah. Ala lebih kurang kat Medan Gopeng la...kalau kat Medan Gopeng anda mesti pernah dengar lolongan para peniaga menjual tiket ke 2 destinasi popular iaitu KL dan Butterworth. Pekikan dan lolongan itu diulang berkali-kali dengan kuatnya sambil menayang-nayangkan tiket untuk menarik pelanggan.
"KL..KL..KL..KL..Butterworth..Butterworth..Butterworth."
Tapi orang arab telah meringkaskan Masjidil Haram kepada perkataan "haram". Macam orang Malaysia jugak, meringkaskan Pulau Pinang kepada Penang.
Maka berpekiklah penjual tiket berbangsa Arab tersebut...
"Haram..Haram..Haram..Jeddah..Jeddah..Jeddah..."
"Aina tazhab? Haram? Jeddah?" maksudnya "Awak nak pergi mana? Haram? Jeddah?"
Akhirnya dua perkataan ini melekat di telinga dan minda orang-orang Malaysia yang sering berkunjung ke sana. Bila balik ke Malaysia melekatlah perkataan "Haram Jadah".. ~_~
Gitulah berakhirnya sebuah kisah bertajuk "haram jadah". Sejauh mana kebenarannya? Tanyalah Ustaz....
Jangan tanya polis yang sememangnya haram jadah. Sebab apa? Tengoklah sendiri di bawah (sumber)







0 comments:
Post a Comment