...entri mengarut...
"Cepat turun ke bawah !! Masa untuk bertahan ! Berat ni aku sorang je jaga gol, ore lain pakat naik atas habih... Aik guano defender pun naik atas jgk ni? Berat nanang puak2 ni !!... Defender, Striker, midfield, wingers dan semua tentera bergajah yang lain, mari turun...pertahankan gawang kita!! Musuh makin mengganas, tukar plan, BERTAHANNN !!!" jerit sang penjaga gol sekuat hati kepada semua ahli skuad bola sepak tempatan yang rata-rata pemainnya berasal dari kampung pedalaman.
-goalkeeper tension-
"Sat sat aku nak score 2 3 gol lagi baru aku turun..tak panas lagi ni." terhegeh-hegeh menjawab si sayap kiri yang baru masuk padang menggantikan seorang pemain yg migrain. Nafasnya tercungap-cungap walaupun baru 5 minit beraksi.
"Kan aku dah cakap, diorang ni main tak ikut arahan...jenuh dah aku pesan kat defender jangan naik atas, tapi diorang ni memang kotoran degil la.." ketua defender mengeluh dan duduk bersila di kotak penalti. Waktu tu tinggal dia sorang je yang pertahankan gol. Mukanya lesu. Kelihatan jari jemarinya sedang memicit-micit butang handset Nokita 3315 versi second hand. Dia sedang taip mesej kepada kapten pasukan. Kapten pasukan yg sedang berlari ke sana ke mari ala-ala gaya jogging menerima pesanan SMS.

-kapten: "i believe i can fly"-
"Kita dah takde harapan melainkan dengan membuat pertahanan, aku pun dah ngantuk nie...ko paham2 jela..ko kan kapten.." begitulah bunyi mesejnya. Sebenarnya memang ada sedikit konflik perebutan jawatan antara mereka berdua.
Tatkala habis membaca sms itu, kapten itu tiba2 terharu sebab dah lama dia tak dapat mesej. Inboxnya sebelum ni kosong. Kemudian beliau menjerit sekuat hati.
"Sebagai kapten, aku arahkan semua armada dan ketumbukan kita ni turun ke bawah, pertahankan gawang gol kita, jangan biarkan goalkeeper kita ni diselubungi misteri.." akhirnya kapten pasukan selaku striker bersuara memberi arahan setelah beliau gagal menyentuh bola walaupun dah 80 minit bermain. Patut la tak score team ni.
Justeru seluruh jentera mula menyusun formation dan bergerak ramai-ramai ke kawasan pertahanan. Benteng pertahanan kini sudah siap sedia.
Kelihatan dari jauh, segerombolan pemain profesional dari pihak lawan sedang berlari-lari sambil passing bola, on the way untuk menerobos pertahanan dan nak score goal sebanyak2nya. Muka mereka tampak bengis dan bersemangat.
-gerombolan tentera pihak lawan-
Dengan penuh rasa keyakinan, goalkeeper yang hampir berputus asa tadi kini bersemangat semula. Entah mengapa tiba2 dia terspeaking English sambil menggenggam rapat serumpun rumput...

-goalkeeper kembali brsemangat-
"The time has come.... Here we are... To defend our dignity.. To move forward without any uncertainty.. DEFEND IT WITH ALL OUR STRENGTH!"
"Hoooo !!"sahut seluruh pemain serentak dan penuh semangat. Kini semuanya sedang berdiri teguh mengikut formation di area pertahanan. Muka masing-masing merenung tajam ke arah gerombolan musuh yang bakal melancarkan serangan bila-bila masa.
-Defence with all strength-
-Yes ! with all strength!!!-
==================================================
Habis sudah cerita dongeng yg xde faedah pun sbnrnya. Mari menyambung buat proposal. Hari Jumaat (lusa) ada PG simposium, saya kena present a.k.a Proposal Defence. Agak cuak memandangkan evaluator2 semuanya merupakan Dr dan Assoc. Proff di kampus tercinta ini, Q&A session nanti sudah pasti mendebarkan. Apa pun, doakan semoga Allah mempermudahkan. Amiinn...





0 comments:
Post a Comment