
Ada satu kisah yang popular. Yakni kisah seorang sahabat Nabi SAW bernama Handzalah. Suatu hari Handzalah berasa bahawa dirinya telah menjadi munafiq dengan berkata "Nafaqtu...Nafaqtu.." maksudnya "Aku munafiq..Aku munafiq.."
"Aku ni munafiq doh! Sebab aku ni waktu duduk depan nabi sambil dengar nabi mengajar nabi ceramah dll, seakan2 aku buleh tengok dengan mata sendiri syurga neraka, pahala dosa, iblis malaikat dll. Pandainya nabi berkata-kata dan mengajar beroyak begitu begini, sehingga aku seakan2 nampak depan mata syurga neraka, pahala dosa, iblis syaitan dll. Tapi bila balik rumah aku berjumpa anak bini, masuk dalam pagar, gi kebun tamar dll, lupa habis licin dh apa yang aku nampak takdi... Aii ni perangai munafiq ni. Aku munafiq doh. Handzalah munafiq...Handzalah munafiq!"
Dia pun nk gi berjumpa nabi dan lalu kuk depan rumah Saidina Abu Bakar sambil berulang2 berkata dia telah munafiq.
Abu Bakar bertanya dan Handzalah bercerita apa yang dirasainya. Abu Bakar kata "kalu begitu aku pun munafiq jugak!" Maka kedua2nya pergi berjumpa Nabi SAW.
Bila jumpa nabi, nabi jawab "Demi Dzat yang menguasai diriku, jika kalian terus-menerus berada dalam kondisi seperti ketika kamu di sisiku dan dalam keadaan dzikir, tentu malaikat akan mengucapkan salam buat kamu sekalian pada tempat tidur dan perjalananmu. Akan tetapi wahai Hanzalah, itu sewaktu-waktu. Wahai Hanzalah, itu sewaktu-waktu. Wahai Hanzalah, itu sewaktu-waktu." Itulah jawapan nabi yang menenangkan sahabat2nya.
Beginilah hati nurani sahabat2 Rasulullah. Cita-cita mereka utk masuk syurga sangat tinggi sehingga ke peringkat risau dirinya munafiq spt cerita di atas. Dia cukup gerun kerana orang munafiq ni akan dibakar di dasar api neraka. Kita bagaimana? Adakah kita betul betuuuuull nak masuk syurga? Kalau betul kenapa masih berterusan membuka aurat, membuat maksiat, tinggal solat, makan benda haram, kecek bohong, berniaga menipu, berhutang tokse bayar dll.. Allah telah memberi penyelesaian utk orang yang berdosa iaitu dengan bertaubat. Tetapi betapa sombongnya manusia tetap berdegil utk tidak bertaubat dan terus menerus melakukan dosa.
Saya teringat kata2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan ketika kuliah mingguannya di Kota Bharu, ketika itu sedang berbincang tafsir surah Al Munafiqun. "Nyawa kita seperti api elektrik, bayangkan kita sedang selesa tengok TV, lampu menyala, kipas berpusing. Tiba2 "tup..." elektrik tiada..pastu nak buat gano? Begitu juga nyawa kita. Kita tak tahu bila akan mati. Mungkin esok, mungkin kejap lagi. Maka kita seelok2nya berusaha utk sentiasa pastikan diri dalam keadaan kebaikan. Jauhi betul2 perkara munkar. Samada polis pegawai, tuk penghulu, tuk mudim, tukang kayu tukang gunting, polis tentera, cikgu cekgi dan sapo2 sekali pun,semuanya sama. Semua mesti pastikan kerja buatnya sentiasa selari dengan gapo hok Tuhan nak."
Sekadar renungan ringkas utk semua.

0 comments:
Post a Comment