..:: Sekadar Perkongsian ::..

Perkongsian Itu Indah

Saturday, April 16, 2011

Fii Lailatin Minal Layaal...

Ahad, 17 April - Pagi ni masa agak terluang. Niatku untuk sambung buat experiment di block four terbatal, kerana kad matriks biru ini tak dapat access lab pada hujung minggu. Sungguh ketat security di utp, bagus bagus.. Nampaknya perancanganku utk siapkan eksperimen on time tidak menjadi. Pagi esok terpaksalah bekerja keras untuk kejar milestone dan planner project. Mungkin kena datang awal dan balik lewat. Apa pun, hidup tetap diteruskan. Update blog lah sekejap...

Motor tua & buruk EX5 ini kutunggang melewati village 6. Buruk buruk pun, inilah keldai yang mengangkutku ulang alik daripada rumah sewa ke utp. Dia terpaksa mengambil alih tugas ini kerana kuda (Kete Kancil) yang dulu sudah selamat pulang ke Kelantan untuk berkhidmat kepada tuannya yg sebenar.

Parking di Ruby sekejap untuk berehat dalam surau. Sebaik daun pintu dibuka, kenangan-kenangan manis yg terukir di sekitar ruang surau ini menerpa bahuku. Imbauan kepada Smart Group, Liqa' Al Mulk, solat berjemaah dengan adik2, tazkirah selepas maghrib, dan Iftar menerjah masuk ke ruang memori.

"Masuklah wahai tetamu yg sudah lama tidak berkunjung di sini." sang surau menjemput.

Oh, tidak banyak berubah. Lampu dan kipas masih berfungsi. Lantainya masih bersih dan selesa utk didiami. Rak-rak Al Quran masih berdiri kukuh, cuma kali ini lebih bersih dan tersusun rapi. Poster kepimpinan Rakan Masjid dan risalah-risalah ilmu masih tersergam indah di papan kenyataan, cuma rasanya risalah ini sejak dulu hingga kini risalah yg sama. Alangkah besarnya pahala jariah bagi sesiapa yg sudi print apa2 tazkirah/risalah dan mengemaskininya di papan informasi ini. Whiteboard kecil itu pun masih ada. Terbayang pula kenangan membuat kelas tajwid dan tilawah di sini suatu ketika dahulu.

Selepas selesai menelaah berita, laman sesawang youtube dibuka dan video Muhammad Al Husayan dipasang. Sayu pula dengar lagu ni, lama dah tak dengar dan hayati liriknya. Terasa kerdil dan berdosa. Tatkala diberi nikmat setiap masa dan ketika, di sudut manakah pula ia digunakan kembali utk Islam? Nikmat terus mencurah-curah, tapi tanggungjawab sebagai hambaNya masih tetap tidak terlaksana? Tuhan, kami menzalimi diri kami sendiri.....


Cepat kemas-kemas, tak boleh lama di sini. Masih ada banyak perkara perlu dibuat hari ini. Masa terus berdetik dan usia terus meningkat. Agaknya di Padang Mahsyar nanti, apakah kita ini golongan Ashabul Yamin atau Ashabus Syimal? Tepuk dada tanya iman...

Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.-At Taubah:41

2 comments:

i really like your entries.santai tapi bermakna.keep posting!~ :)
 
Jime~ if mmg ade access ke lab...kalau public holiday atau weeken...bole mintak pak gad bukak kan or amik kad access dr pak gad...ce try