يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
Ayat ini Allah turunkan untuk perhatian mereka yang beriman. Sesorang hamba Allah yang sudah meyakini 6 perkara dalam rukun iman itu mestilah beri perhatian kepada isi kandungan ayat ini.
Apa maksud 'melalaikan' ni? Kalau orang Kelantan zaman dulu2 memanggil lalai ni dengan perkataan 'ngangok'. Contohnya kita duduk atas kerusi meja, berbual di kedai kopi sampaikan tak ingat lembu tak tambat lagi & sedang kelaparan dalam kandang, itik ayam tak dilepaskan lagi dari kurungannya sedangkan matahari dah terik, semai padi pun habis jadi kecut sebab dah lama terbiar tanpa dicedung. Inilah contoh mudah mengenai lalai/ngangok.
Adapun dalam bab agama pun ada perkara yang melalaikan kita, iaitu seperti yang dikhabarkan dalam ayat ini ada dua: Harta (Al Maal) dan Anak-pinak (Al Aulaad). Harta dan anak-anak ini sebenarnya boleh melalaikan manusia daripada zikrullah. Zikrullah merupakan satu target. Kebiasaannya seseorang itu buat sesuatu perkara untuk mencapai target. Maka dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa target seorang mukmin ialah zikrullah. Dalam ayat yang lain Allah juga menegaskan target seorang mukmin iaitu beribadah. Kedua2nya adalah ruang lingkup yang sama.
Apakah itu zikrullah? Sebenarnya zikrullah bukanlah setakat berzikir dengan lidah sahaja, bahkan ia melangkaui setiap perbuatan dan niat. Zikrullah bagi seorang mukmin ialah selalu ingat apa benda yang halal, yang haram, yang sunat, yang makruh, syurga neraka, pahala dosa, azab kubur dan sebagainya. Dia mestilah selalu beringat dan berjaga-jaga sepanjang masa. Apakah perbuatannya bahkan niatnya itu mendatangkan redhaNya atau murkaNya. Ingat kalbu & ingat lidah & ingat anggota. Kalau dia free dan banyak masa, apakah perbuatan yang dipilih? Nak gi ke pantai? Nak tidur? Nak makan nasik? Nak gi kuliah? Pilihlah yang mana pun asalkan ianya bertepatan dengan kehendak agama dan tidak tersasar dari zikrullah itu.
Harta dan anak-anak boleh melalaikan manusia daripada zikrullah. Seorang mukmin itu mestilah pandai menguruskan kedua-duanya supaya tidak mengganggu tugasnya. Kalau tak pandai, pasti akan diganggu dan dilalaikan sampai ke mati.
Islam tidak melarang umatnya untuk mencari harta dan beranak pinak, asalkan tidak melupakan kita kepada Allah. Bahkan harta yang banyak dan anak yang ramai merupakan satu nikmat kurniaan Allah. Carilah harta banyak2 dan beranaklah ramai-ramai, asalkan tidak melalaikan. Berbicara soal harta, ada sesetengah orang tersalah tafsiran mengenai zuhud. Katanya dia tak mahu cari harta banyak2 kerana nanti tidak zuhud sebab terlalu kaya raya. Ingatlah bahawa harta 10 sen pun kalau tak sampai ke akhirat apa gunanya berbanding sejuta ringgit yang dibelanjakan untuk ganjaran di akhirat. Kan bagus kalau kita mencari harta banyak-banyak dan ianya digunakan untuk agama dan bekalan di hari akhirat. Ini semua berbalik kepada niat hati kita. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, ada pengikutnya yang niat hijrahnya untuk berkahwin dengan gadis idamannya, bukan kerana Allah dan Rasul. Maka Nabi bersabda dalam satu hadis terkenal bahawa berkahwin dengan perempuan itu sahajalah yang dia akan dapat. Begitu juga soal rumahtangga. Nak buat rumah comel2, kereta besar, anak ramai...silakan..asalkan tidak melalaikan.
Kerana apa kita kena jauhi harta dan anak-anak yang melalaikan? Kerana mana2 orang yang buat jugak maka itu lah orang yang rugi. Rugi di sini maksudnya rugi di akhirat kelak. Rugi di akhirat adalah kemuncak kerugian. Nauzubillahi min zalik.
- - - bersambung ayat seterusnya [insyaAllah ada masa akan ditaip lagi]... - - -
p/s: Pagi-pagi Jumaat ni, rindunya rasa untuk mendengar kuliah Tuan Guru di Dataran Ilmu KB. Kalaulah saya berada di kelantan pagi ni...
Setiap pagi Jumaat, Dataran Ilmu Kota Bharu sememangnya penuh dengan lautan manusia yang ingin mencari nasihat dan ilmu agama.










